ariel ADMINISTRATORS b>
Posts : 70 Points : 22691 Reputation : 0 Join date : 11/11/2010
| Subject: RENDANG TOK Wed Nov 17, 2010 11:38 am | |
| Bahan:
* 1 kg daging [potong sebesar 3 inci] * 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] * 1/2 cawan kerisik * 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] * 3 s/b gula merah * 3 keping asam keping * Daun kunyit [koyakkan] * garam
Bahan mesin:
* 2 s/b ketumbar * 1 s/b jintan manis * 1 s/b jintan manis * 1 s/b jintan putih * 1 s/b lada hitam * 3 kuntum bunga lawang * 5 kuntum bunga cengkih * 25 biji cili kering * 20 biji bawang merah * 5 cm halia * 5 batang serai * 3 cm lengkuas
Cara membuat:
1.
Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali. 2.
Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak. 3.
Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata. 4.
Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni] 5.
Hidangkan | |
|