ariel ADMINISTRATORS b>
Posts : 70 Points : 22691 Reputation : 0 Join date : 11/11/2010
| Subject: Ancelotti harungi minggu terburuk Sun Nov 14, 2010 1:40 am | |
| LONDON - Carlo Ancelotti melalui minggu paling buruk sebagai pengurus Chelsea apabila pembantunya, Ray Wilkins dipecat dan Frank Lampard mengalami kecederaan mengejut.
Penyingkiran Wilkins, yang mempunyai hubungan 37 tahun dengan kelab itu, kurang enam bulan selepas kejuaraan berganda skuad Blues, iaitu Piala FA dan juara Liga Perdana England, mencetuskan kejutan dan kekecewaan.
Ancelotti mengesahkan keputusan tersebut dibuat oleh ketua eksekutif kelab, Ron Gourlay namun mengisytiharkan dia menghormati keputusan tersebut.
Pengurus dari Itali itu akan dibantu oleh kakitangan lain, apabila beraksi di Sunderland hari ini dan tiada keputusan dibuat untuk mengenalpasti pengganti Wilkins, dengan Ancelotti menegaskan pelantikkan itu adalah hal urusan dalaman kelab.
"Ray adalah pembantu yang menakjubkan dan saya ucapkan terima kasih kerana dia amat menyokong saya musim lalu, juga musim ini.
"Dia melakukan tugasnya dengan baik. Dia membantu saya dan kemenangan berganda pasukan ini.
"Dia adalah kawan saya. Hubungan saya dengan dia amat baik.
"Keputusan ini dibuat oleh kelab. Ia keputusan yang sukar kepada sesiapa saja, namun saya menghormati keputusan tersebut," katanya.
Menambahkan lagi kebimbangan Ancelotti ialah kecederaan terbaru Lampard, yang mengalami masalah kesakitan otot pada sesi latihan.
Baru-baru ini, pemain itu diketepikan kerana menjalani pembedahan usus, sebelum masalah pelipat lutut dan tidak akan beraksi sehingga awal Disember.
"Saya rasa dia tidak akan beraksi selama dua atau tiga minggu. Kami kecewa kerana sudah hampir untuk kembali berlatih.
"Ia satu berita malang, namun kami harus terus beraksi. Sepatutnya ia adalah saat terbaik untuk dia menggantikan Michael Essien digantung perlawanan,'' katanya. - AFP | |
|