Posts : 15 Points : 20511 Reputation : 1 Join date : 17/11/2010 Age : 34 Location : In Your Heart
Subject: Beafsteak Peas Dan Daging Thu Nov 18, 2010 5:27 pm
Bahan-Bahan: bahan A: daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg) telur ayam 1 biji tepung jagung 4 sudu besar lada sulah gula (2 sudu) garam secukup rasa bahan B: minyak masa bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk) bawang besar (dihiris bulat) cili merah (dihiris serong) kacang peas hijau (1 tin kecil) tomato 2 biji di belah 4 ubi kentang 2 biji di belah 6 kicap manis dan sos cili secukup rasa air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah) Cara: perap bahan A selama 1/2 jam selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos. gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos. tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu). setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan. masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih. masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi. akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama). hidangkan panas-panas. Cadangan Hidangan: hidangan untuk 4 orang Tambahan: resepi ini amat sesuai dijadikan hidangan untuk lauk pengantin. sedap dan mudah disediakan. selalu kalau saya masak, daging yg baru goreng tupun habis kene bedal dulu.... boleh gak dimakan dengan roti, kanji dan masakan asas lain.... sesuai utk budak-budak.. cuba laaa...