Posts : 15 Points : 20511 Reputation : 1 Join date : 17/11/2010 Age : 34 Location : In Your Heart
Subject: Agar-agar Marble Thu Nov 18, 2010 4:50 pm
Bahan-Bahan: 4 sudu besar tepung kastad ½ cawan susu cair 125 gm mentega 6 gelas air 1 bungkus agar-agar 5 biji telur 1 mangkuk kecil gula Sedikit serbuk koko Cara: Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.