Pada suatu subuh, Mamat seorang 'jaga' menelefon bossnya yang sedang bercuti sekeluarga di luar negara.
Bos : Mamat.. apa yang penting sangat ni...
Mamat : Maaf tuan, saya terpaksa menyampaikan berita buruk ini secepat mungkin.
Bos: Cakaplah Mamat apa beritanya (sambil menarik nafas bersedia untuk mendengar apakah berita buruk yang akan didengarnya)
Mamat : Tuan... burung kakak tua kesayangan tuan dah mati... (tergagap)
Bos: Haaahhh!!! Maksud awak burung kakak tua saya yang dah menang banyak pertandingan tu ka? Mamat.... awak tau tak... dah berapa banyak wang saya keluar untuk bela burung tu...
Mamat : Maaf tuan. Semua ini tidak disengajakan. Burung tu mati kerana termakan daging mentah.
Bos: Apa??? Daging mentah apa ni?
Mamat: Daging kuda tuan? Kuda tuan pon dah mati...(menggeletar)
Bos: (terporok di kerusi dengan mata terbeliak) Mat.... kuda tu pun dah banyak tolong aku menang banyak perlumbaan Maaaaatttt.... Kuda tu lubuk emas aku... apa kamu dah buat dengan kuda tuuuuu....??
Mamat: Sekali lagi maaf tuan kami tak ada pilihan. Kami terpaksa menyuruh kuda tu angkut air yang banyak. Bomba lambat sampai tuan...
Bos: Apa kena mengena dengan bomba pula ni Maaattt???? (makin tertekan)
Mamat : Tuan.... semua ni kerana sebatang lilin tuan.... (teresak-esak). Sebatang lilin dah membakar hangus sebahagian besar rumah tuan.
Bos: (Dengan nafas semakin sesak) Macam mana sebatang lilin tu boleh membakar rumah aku Mat?????!!!! Mustahil sebatang lilin boleh memusnahkan rumah aku....
Mamat : Betul tuan.... malam tu bekalan elektrik terputus. Emak tuan keluar ke dapur dengan sebatang lilin di tangan. Dia terjatuh lalu lilin yang dipegangnya terkena langsir. Api merebak dengan cepat ke bahagian lain. Saya ingatkan Emak tuan pencuri... dia terjatuh masa tu kerana saya dah menembaknya Sekarang tuan kena balik untuk pengkebumian...